Monday, September 6, 2010

Dariku Untuk Mu (3)












Wajah mu kerap ku mimpi

Wajahmu sering ku puja

Buat ku terasa sepi

Kala ku buka kan mata

Kau masih belum pun ku punya

Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi

Cintamu seringku damba

Buat ku terasa sedih

Kalau ku buka kan mata

Kau masih belum pun ku dakap

Rindu ku masih kau tak singkap

Bila nak saksi

Kau datang terkulai

Bila nak saksi

Kau datang membelai

Bila nak saksi

Cinta ku sampai………..

Dirimu kerap ku mimpi

Dirimu sering ku khayal

Aku angan-angan kan


Wednesday, September 1, 2010

Dariku Untuk Mu ( 2 )












Hembusan angin di rembulan jiwaku
Bergelora perasaan apabila kau menjauh kan diri dariku
Seolah cinta suciku tak bermakna untuk dirimu
Apakah maksudnya semua ini…
Mungkinkah adanya kesilapan dariku…
Yang tak pernah ku duga
Maafkanlah oh sayangku,
oh percayalah ku tak bermaksud begitu
Jangan tinggal aku keseorangan
Ku berserah kepadamu Maha Esa
Mungkin takdir telah menentukan segalanya
Ku berserah kepada apa yang telah berlaku pada diri ku ini
Hanya dikau dapat mengubah segalanya pada dikau saja ku mengharap moga kau kembali
Berikanlah kasih nyalakan lah lilin cinta kita
Ku pohonkan kemaafan dengan ikhlas hatiku
Ku tak rela dipisahkan walaupun sementara
Sabarlah Hangat ku ini tak bisa ku elakkan namun kini semua nya ku berserah

Sunday, August 8, 2010

Dariku Untuk Mu














Jelaskan padaku isi hatimu

Seberapa besar kau yakin padaku

Untuk tetap terus bertahan dengan ku

Menjaga cinta ini

Punya angkara yang terjadi

Seperti semua salahku

Mengapa selalu aku yang mengalah

Tak pernahkah kau berfikir sedikit tentang hatiku

Mengapa ku yang harus selalu mengalah

Teguhnya hatiku untuk terus bersamamu











Thursday, February 25, 2010

Harapan Bagaikan Rumie & Julie











Rumie dan Julie
Dua remaja saling bercinta
Berjanji sehidup semati
Bersumpah setia
Kekal abadi oh...

Rumie dan Julie
Lambang cinta yang suci dan murni
Kasih sayangmu kekal abadi
Hingga akhir nanti
Oh... Rumie dan Julie

Keabadian cintamu
Menjadi lambang setia
Saling cinta menyintai
Antara sesama oh...

Oh... Rumie dan Julie
Lambang cinta yang luhur dan suci
Tetap dikenang hingga kini
Oh cinta...
Rumie dan Julie

Thursday, February 11, 2010

Setia Kawan Selama-lamanya......









"Sahabat yang baik,apabila
dipandang wajahnya,membawa
mengingati ALLAH,mendengarkan
kata2nya menambahkan ilmu,
terlihat gerak gerinya
meninggikan takut kpd
ALLAH,berkawan dengannya
berjuang ke jalan ALLAH"
"sebelum kite dijadikan kite telah berjanji dihapan allah untuk melaksanakan tugas kite sebagai
hambanya
jodoh dan pertemuan kite telah dicatat didalam kalamnya termasuklah pertemuan kite disini...
sahabat hendaklah saling sampai menyampaikan dan nasihat menasihati, melindungi sahabatnye dari
dicela dan bahaya, rakan diwaktu senang dan rakan diwaktu susah, menjadi orang kepercayaan kite,
dan berkonsi rahsia dan masalah,menyimpan aib kawanye dari orang lain, dan mejadi tempat untuk kite
meminta pertolongan dan bantuan"
.... dengan itu jagalah persahabatan dengan sahabatmu...

Sunday, January 31, 2010

31 Januari 2010 " Malang xde bau "






( Keadaan Kenderaan yang berdaftar JJY608 yang terhumban dalam parit,Endau,Mersing,Johor )

Friday, January 22, 2010

JANUARI.....Bulan sedih rakyat Johor.


JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Jenazah Almarhum Sultan Iskandar dibawa masuk ke kenderaan di Hospital Pakar Puteri untuk dibawa ke Istana Besar, Johor Bahru, sambil diperhatikan oleh kaum kerabat dan petugas istana, malam tadi. – utusan/Raja Jaafar Raja Ali

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.-Utusan Malaysia